top of page
Definisi Qasidah

 

Qasidah adalah merupakan rangkap-rangkap syair yang indah lagi mempesonakan yang dibacadan meniti di bibir jutaan umat Islam yang mengungkapkan kecintaan mereka terhadapRasulullah SAW.Keindahan dan keunikan Qasidah ini adalah bukti tanda mutiara syair cinta para Ulama' Sufi(Ulama' Tasauf) kepada Sayyiduna Rasulullah SAW

Maklumat tentang Qasidah

Amalan tradisi membaca Qasidah Sufi ini telah pun lama diamalkan oleh para Ulama' yang faqih, alim dan hebat ilmu mereka di negara Mesir, Yaman, Maghribi, Syria, Makkah dan Madinah.Qasidah atau puji-pujian ini disebarkan dalam usaha membuahkan rasa kasih terhadapkekasih kita Nabi yang mulia Sayyiduna Muhammad SAW.Di antara Qasidah Sufi yang terkenal adalah Qasidah Imam Al-Busairi. Al-Muhaddith Dr. Ahmad Umar Hasyim pernah berkata, "Qasidah al-Burdah al-Imam Busairi R.A. merupakan qasidah yang terbaik dan besar hikmah bagi sesiapa yang membacanya,".

Seorang 'Alim Makkah Al-Mukarramah yang digelarkan dengan Wangi-Wangian dari Bumi Hijaz, Al-Muhaddith Al-Musnid Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al-Maliki pernah menyarankankepada kita supaya mempelajari bidang qasidah selepas belajar al-Quran. Ini kerana qasidah atausyair adalah merupakan suatu ilmu yang seni dalam melontarkan ketenangan apabila kita menghayatinya,lebih-lebih lagi apabila mengingati Rasulullah SAW. Al-'Allamah Syeikh Yusof Isma'il al-Nabhani mengatakan lagi, "Jalan beramal yang paling mudah di zaman ini ialah dengan menyebut dan memuji Rasulullah SAW".

Qasidah atau puji-pujian ke atas Baginda SAW yang begitu indah tidaklah sampai ke tahap menyamakan kedudukan Baginda SAW dengan kedudukan Allah SWT sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak yang buta terhadap kebenaran yang nyata.

bottom of page