top of page

Alat-alat Muzik Qasidah

Hadrah

Hadrah merupakan Alat Muzik Tradisional Masyarakat Nusantara (Melayu,Jawa,dll.). Hadrah dipercayai dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke Nusantara

Hadrah berbentuk seperti kompang tetapi ditambah 6 kepingan logam (2 keping untuk setiap 3 arah) yang berfungsi seperti tamborin 

Hadrah

Darbuka

Darbuka merupakan Alat Muzik Arab. Darbuka adalah sejenis gendang yang asalnya diperbuat daripada tanah liat dan permukaannya diperbuat dari kulit.Darbuka moden diperbuat daripada kayu ataupun logam,kulitnya dibuat dari bahan sintetik.

Darbuka Moden
Darbuka Tradisional

Bass & Kompang Dengung

Bass adalah sejenis kompang yang berbentuk seperti gendang / rebana.Bass (moden) berfungsi sebagai pengawal 'tempo' / 'metronome' iaitu kelajuan alat-alat muzik.

 

Bass tradisional dimainkan dengan memalu permukaan dan rangka tepi bass dengan tapak tangan.Bass tradisional dimainkan oleh beberapa orang pemain.

 

Bass moden pula dimainkan oleh seorang pemain dengan memukul permukaan bass dengan pemukul,sambil diiringi dengan seorang pemain Kompang Dengung.

Bass Mangkuk (Tradisional)
Bass Modern

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang mempunyai pelbagai jenis saiz yang menghasilkan bunyi yang berlainan.

 

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

 

Kompang dimainkan sekurang-kurangnya empat orang pemain.

Canang

Canang anak dan ibu diperbuat daripada tembaga. Perbezaan antara dua canang ini akan hanya dapat dikesan melalui bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

 

Sebagai contoh,Key yang dihasilkan adalah Key F dan Key G,yang menghasilkan bunyi yang berlainan

Canang sebagai alat pelengkap irama dalam paluan tradisional.Canang dimainkan dalam persembahan-persembahan rakyat seperti Wayang Kulit,Mak Yong,Mek Mulung dll.

Kumpulan kami menggunakan canang untuk menambahkan lagi alat muzik tradisional khususnya Alat Muzik Melayu.

Kesi / Hand Cymbal / Ching

Kesi dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam paluan tradisional 

bottom of page